
Life as A Challenge
I don't know how to start since I have no idea at all. Hopefully, I'll recover soon. This week will make my life hectic more than usual. Life is getting busy from day to day. I try my best to make full use of my knowledge on CBT to handle all my business accordingly. As a normal human being, somehow we need someone to talk to. Problems come around everyday and every way in our life. It depends on ourselves, how we cope with it.Life as a student promises a lot of challenges. We need to be strong enough to handle it wisely. To me, anything that occurs we have to face it as a challenge rather than a problem. I always think that, life is like a game. We need to acquire the skills and apply it so that we can play the game better than others. It is such a great victory when we already know how to manage our life systematically.
However, we still need right people to enhance our spirit to survive in this world. We need other people in order to live in harmony. Ibn Khaldun, a well known historian and a great muslim scholar agreed that we need people to build a state. A strong state comes from a sense of loyalty, cooperation and social solidarity which is called Assabiyah.
From this context, we might conclude that cooperation leads for the betterment of the society as a whole. As a student, when we work in a group, it is better than to be a lone ranger. Many brains are better than one. We need other people's mind in order to make something possible to be done. For instance, when we need to manage an event, we need teams in order to make the event possible. Of course we cannot handle everything by our own.
Somehow, there are both pros and contras between being individualistic and lives in the society. From my perspective, we still need to preserve our personal rights. There are still some matters we need to keep it by our own. Not everything that we must revealed to others. Some of our personal things like our personal relationship, our secrets, family matters we must keep it safely.
What I am trying to emphasize here is if we got any difficulties, we need to know how to settle it. Maybe it is just too personal, maybe we can try to overcome it by our own instead of telling others on what is going on. If still can't work, God is always be with us. He knows best for us. Seek for His helps and He definitely will answer our prayer. Don't give up! There are so many ways to overcome our problems.
Farish: Currently having a ton of assignments to finish..
Selamat Hari Ibu
Salam semua. Semoga anda semua sihat dan hebat selalu. Dah lame ye Farish tak update blog ni. Alhamdulillah, perjalanan hidup semakin baik dari semasa ke semasa. Kini sedang berhempas pulas nak anjurkan Karnival Generasi Berilmu Gen-2 (KGB Gen-2), di samping mengendalikan pelajar-pelajar Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC).Nampaknya, pada hari Ahad ni (9 May) merupakan Hari Ibu yang akan disambut bersama-sama dengan lebih 70 buah negara di seluruh dunia. Seperti mana yang kita ketahui, ibu adalah insan yang paling banyak berjasa dalam membesarkan dan mendidik kita selama ini. Begitu banyak kenangan kita bersama ibu yang tersayang. Sayangilah ibu kita sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. Sesungguhnya segala jasa mereka tidak ternilai, dan tidak dapat dibalas dengan sehari kita menyambut Hari Ibu.
Ibu adalah insan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan jemu dalam mendidik kita. Setiap kali ibu solat, ibu tak pernah lupakan untuk mendoakan kita. Di kala kita sering alpa mengenai dirinya, tetapi dia senantiasa mendoakan kita dan teringat segala memori indah bersama. Walaupun kita kadangkala derhaka dan kasar kepadanya, tetapi dia tetap sabar melayan kerenah anaknya.
Ibu, engkaulah ratu hatiku yang sentiasa bertakhta di hati sanubariku. Ampunkan segala salah dan silap anakmu ini. Semoga segala jasamu dan pengorbananmu, hanya Allah sahaja yang boleh membalasnya. Hanya kejayaan yang dapat diberikan kepadamu. Semoga hidupmu sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya. Sayang ibu..
Farish : I Love U, Ibu...
Ceritera Earth Hour
Salam! Ha, hari ni Farish nak kongsi dengan anda semua pengalaman Farish semasa Earth Hour. Seperti setiap hari Sabtu kebiasaannya, AMPAC mengadakan kelas dari pukul 2 hingga 6 petang. Tapi hari tu, rasa bersemangat pulak nak datang awal. Datang ofis pukul 10.00 pagi. Masa tu, Abg. Bad, Abg. Faris & Hassan dah datang lagi awal. Pada masa tu, Abg. Bad tengah sibuk duk prepare untuk slot ceramah. Tiba-tiba Abg. Bad pun berkata;Hari ni Farish boleh handle slot untuk AMPACers tak? Slot Farish, Farish ceritakan pengalaman Farish di universiti dan ceritakan kesan Brilliant Students Skills dalam study Farish sebelum dan selepas Farish gunakan teknik yang Abg. Bad ajar tu.So, Farish pun tak kisah lah. Farish pun terus bersetuju. Memang Abg. Bad dah pesan pada hari sebelum tu lagi. Jadi, Farish sempat la bawa segala nota mind map dan buku teks Psychology kegemaran Farish tu. Ingatkan handle satu slot je. Rupa-rupanya sampai 3 slot! Dari pukul 2.00 sampai 6 petang ler gamaknye. Petang tu, bermula dengan AMPACers Intermediate dan AMPACers 7 dan seterusnya. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik, walaupun sedikit penat.
Selepas Farish kendalikan slot tu, Farish pun terus bergegas balik ke rumah. Pada malam tu, Farish bersama dengan Abg. Bad untuk mengendalikan slot Seminar Bijak Berbicara bagi usahawan di Excel Training Resort, Broga, Semenyih.
Lepas maghrib pun, kami terus bertolak. Bermacam-macam cerita yang menjadi topik perbualan kami. Bila sampai di Semenyih, kami pun teraba-raba nak cari jalan ke Broga ni. Akhirnya jumpa jugak simpang ke Broga. Ha, di sepanjang perjalanan ke sana, suasana gelap gelita. Kemudian, kami sampai ke perkampungan cina. Kami masa tu pulak belum pernah sampai ke pusat latihan tu. Bayangkan kami melalui ladang kelapa sawit, di tengah-tengah malam yang gelap gelita, kelihatan anjing-anjing berkeliaran. Tiba-tiba, enjin kereta mati. Kami pulak masa tu memang tawakal la masa tu. Dah la dengan tak tau jalan kat mana. Tapi, lepas beberapa saat, enjin kereta dapat dihidupkan. Kami pun berpaling sesama sendiri.
Awat gelap sangat tempat ni.. Sambut Earth Hour jugak ke..huhu..(dalam hati dah risau sebab tak jumpa jalan dengan keadaan yang sunyi)Kebetulan pulak, masa tu memang pukul 8.30 malam. Kami pun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba ternampak satu tokong cina besar. Kami dah buntu. Kami ni salah jalan ke? Kemudiannya kami mengambil keputusan untuk berpatah balik. Pada masa tu memang agak cuakla. Kami berhenti di sebuah restoran cina. Niat di hati nak tanya orang. Tapi, Abg. Bad pun hubungi pengendali kursus. Rupa-rupanya jalan tadi dah betul, cuma kene ambil jalan di sebelah kiri tokong tu.
Setelah menempuh perjalanan selama 45 minit yang menggerunkan itu, akhirnya kami sampai juga di pusat latihan tersebut. Kami terpegun dengan keindahan Excel Training Resort yang dikatakan hanya satu-satunya di Malaysia, sebuah konsultan mempunyai resort sendiri.
Kami kemudiannya terus bersedia untuk slot ceramah yang diadakan pada pukul 9.00 malam. Rata-rata dalam kalangan usia 20 - 50 an jugakla. Alhamdulillah, diorang semua memang enjoy dan sempoi! Sampai kami pun seronok melihat mereka yang begitu teruja dengan ceramah yang disampaikan. Mereka semua begitu bersemangat sepanjang slot ceramah berlangsung! Keadaan dewan yang dingin sentiasa dihangatkan dengan gelak tawa peserta yang begitu terhibur dengan ceramah yang disampaikan.
Selepas habis je ceramah, habis semua buku yang kami bawa terjual! Sampai tak cukup! Beebut-rebut para peserta untuk mendapatkan buku Bijak Berbicara Mencuit Rasa karya Abg. Badr. Selepas jamuan ringan, kami pun bertolak pulang.
Sepanjang perjalanan kami berseloroh tentang keadaan sebelum datang dan semasa ceramah berlangsung. Kami pulang dengan keadaan gembira dan berpuas hati dengan slot yang dijalankan. Hari ini merupakan hari yang sangat sibuk dengan aktiviti dari pagi sampai ke malam. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami dapat melaksanakan yang terbaik. Pengalaman pada malam ini kami tidak akan lupakan sampai bila-bila.huhu..
The Concious & Subconcious Minds
The conscious mind is the rational analytical mind. It tries to solve everyday problems you come up against. It is also where your will power comes from as well as your short term memory.The conscious mind is wherever you focus your attention on at any given minute. In self hypnosis we want to point that attention inwards for a minute and become aware of our unconscious (or sub-conscious) mind.
The unconscious mind is responsible for all sorts of automated processes and behavior so that we don't have to concern our-selves by thinking about all the information in our lives.
When you learn a new skill your have to consciously think about it at first but then it becomes automatic. Like learning to drive.
The problem is that people programme unwanted behaviors into their unconscious without meaning to and they stay there until something is done about it...like self hypnosis.
The way this works is through a curious behavior of your brain that produces an amazing effect. The behavior is that your mind cannot tell the difference between a real or imagined experience.
I do not mean that if you imagined being in space that you will believe it and tell people that you were there. I mean that your body has the same physical response AS IF IT WERE THERE. As long as you imagine vividly enough...which is what self hypnosis helps you to do.
Studies have been done to prove this and one involved getting a subject to vividly imagine that one of his arms was resting on a window sill in the sun. The temperature of the skin would elevate and the arm would even perspire.
It is a very powerful technique.
To demonstrate this properly I will get you to perform a test that a lot of hypnotists use to determine how "hypnotizable" a person is.
It is called a suggestability test and is not a hypnosis session or an attempt to hypnotize you. It is just to determine how easily you will follow suggestions and therefore make changes in yourself.
Goto
http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=EDdGF&m=1kJmN6bNeK2jH9&b=8YKQFzpMwtnVbgjQ0U09EQ
and follow the directions now. Don't worry, it only takes 2 minutes and it's fun!
Farish : Currently watching Derren Brown's videos. He's such a great illusionist.
What is Self Hypnosis?
Today I will discuss what self hypnosis is and what it isn't.What Is Self Hypnosis?
To begin our self hypnosis education I will attempt to dispel any myths or misconceptions you may have about hypnosis, hypnotherapy, or self hypnosis.
1. One of the most common myths is that being hypnotized is anything like what you see in the movies or on TV.
People usually think about some mad looking hypnotist with staring eyes, a weird moustache, and a pocket watch being swung back and forth. The hypnotist says "Look into my eyes!"
He snaps his fingers and the subject immediately falls asleep and proceeds to do everything the evil man says! When the subject wakes up he remembers nothing.
This is nothing like real hypnosis where the subject remembers everything in the hypnosis session and only does what they want to do.
The hypnotist can't make the subject do anything that is against the subject's moral code. This has been proven many times in university studies. And 99% of people remember everything that happens during a hypnosis session.
2. Some people also think that when they are hypnotized that they will tell the hypnotist all their secrets and be embarrassed by something they wanted to keep private.
With self hypnosis this isn't such an issue because the subject is by themselves. But even if someone was around the rule above still applies and the subject won't do anything they don't want to do.
3. A lot of people believe that they can't be hypnotized anyway because they are too smart and have really strong will power.
In fact, the smarter you are the easier it is to be hypnotized and if you have strong will power you will be able to concentrate better which also leads to better hypnosis.
4. Others aren't worried that they can't be hypnotized, they are worried that they will STAY hypnotized.
This is nothing to be concerned with because of the thousands of years that hypnosis has been practiced there has never been a case of this happening.
If you listened to a self hypnosis tape and half way through it the batteries went dead, you'd just
naturally come out of it in a few minutes.The same would happen if a hypnotist put you into hypnosis and then dropped dead on the spot. You'd just come out of it naturally.
The truth is that hypnosis is a naturally occurring state that everyone has been in at different levels throughout their lives. A deep hypnotic state is somewhat like a vivid daydream.
You may be thinking about doing something else far away and for a time it's like you're actually there until someone calls your name and you're pulled back to reality. That person see's the look on your face and says, "Were you just daydreaming?" That state is very close to what you will experience once hypnotized.
Other naturally occurring hypnotic states are;
1. Driving your car,
2. Listening to music,
3. fishing,
4. going to sleep,
5. waking from sleep,
6. and watching TV.
In fact, that is one of the reasons TV advertising is so powerful. Because you are in a relaxed and 'receptive to suggestion' state of mind.
We are going to use this state of mind, not to get you to buy something, but to change something about yourself that you want to change.
Another major concept to think about is that all hypnosis is self hypnosis. I will repeat that because it is important...
"All hypnosis is SELF-hypnosis."
If you are a subject being hypnotized, the only tools that the hypnotherapist has to put you into a hypnotized state is by giving you verbal commands.
The hypnotherapist asks you to think of certain things that guide you into a relaxed state. If you refuse to think about those things, well guess what...the hypnotist has no power over you.
So hypnosis is a collaborative relationship between you and the hypnotist where you both contribute to the hypnotic state.
In self hypnosis it is a collaboration between you and your sub-conscious mind. The more you pay attention and give it your full concentration, the more you get out of it.
Farish : Feels more relax & calm...
Seminar Terbuka: Menegakkan Risalah Rasul Satu Kewajipan
Penting Sangat Ke Matlamat Hidup?
Oleh: Badrul SaniHari ni Abg Badr nak berkongsi pengalaman bersama dengan remaja-remaja menerusi program-program yang Abg Badr kendalikan. Perkara yang paling menyedihkan adalah apabila remaja ini tidak tahu apa hala tuju dan matlamat mereka dalam hidup.
Cita-cita? Emm…Ramai yg hanya tersenyum dan ramai jugak yang baru nak mereka cerita. Zaman Abg Badr dulu, cita-cita ditanya oleh guru kelas setiap tahun dan dicatatkan dalam kad rekod pelajar. Tapi apabila semakin meningkat remaja, persoalan cita-cita (apatah lagi matlamat hidup) sudah kabur dan kemudiannya lenyap!
Yang menjadi matlamat ketika itu hanyalah 9A! 9A! 9A! Sampai satu tahap, Abg Badr pun tak tahu kenapa kena dapat 9A? Alhamdulillah Abg Badr berjaya dapat 9A dalam PMR. Tapi persoalannya, apa pula selepas ini? Oo.. 11A1 pulak.. OKlah, 11A1! 11A1! 11A1! Kenapa? Ntah…cikgu suruh…parents suruh…
Dah habis SPM, barulah persoalan cita-cita timbul semula. Tapi waktu tu, cita-cita kita terpaksa mengikut paparan keputusan SPM di atas slip. Asalnya nak jadi doktor, dah terpaksa matikan cita-cita tu sbb result tak sebagus mana. Akhirnya, kita pun ambillah jurusan yg kita tak pernah terfikir nak ambil…
Kemudian, 6 tahun belajar jurusan yang kita ‘ter’ambil tu, terpaksa pula membina kerjaya dengan kelulusan tersebut. Akhirnya kita terperangkap dalam dunia pekerjaan dan yg sedihnya, pekerjaan itu bukanlah apa yg kita inginkan… Sampai bila macam ni? Sampai pencen rasanya…(Lama tu!)
Kenapa jadi begini? Kerana seawal usia 13 tahun, kita sudah mula memadam matlamat hidup dalam diri. Kita buat tak kisah, kita leka dan seronok dengan hiburan. Bila orang sebut cita-cita, kita gelak dan senyum sinis…“Ceh, ni soalan budak-budak…” Sedangkan kita tidak tahu yang sebenarnya tanpa cita-cita, hidup kita bertambah slow…momentum menurun dan keinginan untuk menjadi lebih bagus terus hilang!
Come on remaja… Matlamat hidup mesti ada! Mulai hari ini, kita mesti tahu ke mana sasaran kita..Bila hendak dicapai dan bagaimana. Dengan hala tuju yang jelas, barulah kita akan lebih bertenaga untuk berjuang sebagai pelajar. Kalau tidak, nak pergi sekolah pun malas! Betul tak?
So, apa tunggu lagi. Pergi ambil pen dan kertas. Conteng! Conteng lah dengan perancangan dan pelan hidup kita. Sasaran sewaktu di sekolah (kurikulum & ko-kurikulum), sasaran universiti, sasaran kerjaya dan sasaran hidup. U must do it NOW!
Nak tangguh dulu? No problem. Cuma perlu diingat, setiap saat kita hidup tanpa matlamat, diri ini tak ubah seperti kapal yang bergerak tanpa hala tuju! ‘Mengabihkan’ minyak, menyemak, buang masa dan rugi!
Selamat bermatlamat!
Farish : HIDUP MESTI BERMATLAMAT!
Program Bersama Dr. Sheikh Muszaphar
Salam! Farish baru sahaja pulang dari Surau Al-Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Surau ini terletak tidak jauh dari kawasan perumahan Farish. Pada malam ini, surau ini didatangi oleh seorang idola yang dikenali iaitu angkasawan negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie Bin Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor. Kehadiran beliau disambut dengan gembira oleh penduduk Bandar baru bangi, khususnya kariah seksyen 4. Ini dapat dibuktikan dengan sambutan hangat dan menggalakkan dari jemaah. Sampai penuh surau dengan kehadiran penduduk.
Program ini bermula dianjurkan sempena sambutan maulidurrasul. Program ini dimulakan dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kemudiannya disusuli pula dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi Surau Al-Kauthar, Tn. Hj. Abdul Aziz. Selepas itu, Dr. Sheikh Muszaphar mengambil tempat bagi slot beliau.
Sepanjang slot beliau yang berlangsung selama satu jam (termasuk sesi soal jawab), banyak perkara yang dihuraikan oleh beliau. Ucapan yang menarik dan penuh bersemangat itu, telah
membakar jiwa anak-anak muda khususnya untuk mempunyai impian dan cita-cita untuk berjaya. Di samping itu, dalam slot beliau, beliau menceritakan tentang kehidupan beliau di ISS dan juga proses perjalanan beliau untuk menjadi seorang angkasawan negara. Menurut beliau, dalam kalangan 11, 425 orang rakyat Malaysia yang memohon untuk menjadi angkasawan negara, bukanlah suatu proses yang mudah. Pelbagai cabaran dan ujian yang perlu ditempuh bagi melayakkan dirinya sehingga ke peringkat akhir. Pelbagai lagi cerita beliau, termasuklah cara-cara melaksanakan ibadah puasa dan solat, rutin harian dan ujikaji yang dijalankan di sana.Di sini Farish ingin berkongsi tips-tips yang telah disampaikan oleh beliau sehingga dia terpilih untuk menjadi angkasawan negara. Farish simpulkan dalam akronim 4D:
- Dreams : Dr. Sheikh Muszaphar mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan sejak berumur 10 tahun lagi. Beliau sering mendongak ke langit dan berkata pada diri sendiri yang dia akan menjadi seorang angkasawan negara satu hari nanti.
- Decide : Beliau telah berazam untuk menjadi seorang angkasawan negara satu hari nanti.
- Determine : Beliau amat bersemangat dan sentiasa memupuk minat yang mendalam dalam bidang astronomi. Beliau menampal pelbagai poster dan hiasan planet-planet dan bintang-bintang di dalam biliknya bagi menaikkan semangat beliau untuk terus berazam dan bersungguh-sungguh bagi mencapai impiannya.
- Discipline : Berkat usaha dan latihan yang beliau jalani, setelah melepasi segala ujian dan cabaran serta penantian selama 25 tahun, berkat usaha dan tidak penah kenal erti penat dan jemu, akhirnya beliau berjaya menjadi seorang angkasawan.

Apa yang Farish dapat simpulkan di sini, betapa pentingnya kita mempunyai impian dan cita-cita dan cinta yang mendalam terhadap sesuatu bidang. Oleh itu, kita seharusnya mempunyai matlamat dan target, apa yang hendak kita capai satu hari nanti. Insyaallah, dengan berkat usaha, doa dan harapan serta semangat yang menyala, akhirnya kita bakal mencapai kejayaan dan cita-cita yang diidamkan selama ini. Tak rugi sekiranya kita berangan-angan, tapi alangkah ruginya sekiranya kita tidak mempunyai sebarang impian dan harapan.
Farish : Semakin bermotivasi dan bersemangat untuk mencapai cita-cita!



